Sunday, 9 December 2012
Ajaran Sesat Bahayanya Terhadap Agama Dan Negara
Fenomena kemunculan ajaran sesat seringkali berlaku. Kewujudannya merentasi masa, tempat dan keadaan. Sama ada di zaman awal peradaban Islam di alaf millenium mahupun akan datang. Paparan isu kebanyakannya didedahkan oleh pihak media secara terbuka. Memandangkan ia berkait rapat dengan agama, maka perhatian terhadapnya diberi satu tumpuan.
Isu ajaran sesat bersifat subjektif. Ia memerlukan penjelasan terperinci. Al-Qur’an al-Karim telah mengingatkan kita tentang bentuk kesesatan dari pelbagai sudut. Antaranya, kesesatan hawa nafsu, kejahilan, pujuk rayu syaitan dan pengaruh persekitaran sama ada dari teman, perubahan masa dan keadaan.
Tentunya indikasi ajaran sesat @ ajaran salah berbeza dengan prinsip Ahli Sunnah Wal Jama‘ah. Sesuatu fahaman atau ajaran tidak dikatakan salah atau sesat kecuali jelas kandungannya bertentangan dengan sumber perundangan Islam. Sehubungan itu, kita memerlukan definisi yang tepat dalam memahami hakikat ajaran sesat.
Download Bukunya disini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment